Geran pemerintah bantu lebih ramai rakyat S’pura tingkat simpanan persaraan, kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Geran pemerintah bantu lebih ramai rakyat S’pura tingkat simpanan persaraan, kesihatan

Jan 27, 2026 | 5:05 PM

Geran pemerintah bantu lebih ramai rakyat S’pura tingkat simpanan persaraan, kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan (MRSS) dan Skim MediSave yang Dipadankan baru akan membolehkan lebih ramai rakyat Singapura yang layak menerima sumbangan sepadan daripada pemerintah.
Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan (MRSS) dan Skim MediSave yang Dipadankan baru akan membolehkan lebih ramai rakyat Singapura yang layak menerima sumbangan sepadan daripada pemerintah. - Foto ST

Lebih ramai rakyat Singapura akan layak menerima sumbangan yang dipadankan daripada pemerintah melalui dua skim apabila mereka menambah simpanan dalam akaun persaraan dan penjagaan kesihatan mereka, menurut Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dalam satu kenyataan bersama pada 26 Januari.

Dua skim tersebut ialah Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan (MRSS) dan Skim MediSave yang Dipadankan, yang bertujuan membantu rakyat Singapura yang layak meningkatkan simpanan persaraan dan penjagaan kesihatan mereka.

Di bawah skim ini, apabila tokokan tunai dibuat ke dalam Akaun Persaraan (RA) atau Akaun MediSave, pemerintah akan menyediakan sumbangan yang dipadankan.

Pada 2026, sekitar 750,000 rakyat Singapura akan layak di bawah MRSS yang diperluaskan.

Ini menyusuli lebih 250,000 penerima geran yang dipadankan pada 2025 dan 103,000 anggota pada 2024.

Skim ini diperkenalkan pada 2021 bagi menyokong warga emas Singapura yang mempunyai simpanan persaraan lebih rendah melalui geran yang dipadankan bagi tokokan tunai ke RA.

Pada 2025, skim ini dipertingkatkan dengan pemansuhan had umur 70 tahun serta peningkatan geran padanan kepada $2,000 setahun, dengan had seumur hidup sebanyak $20,000 bagi setiap anggota yang layak.

Hasil langkah baru ini, sebanyak $456 juta geran tokokan pemerintah telah disalurkan ke RA milik lebih 250,000 anggota pada 2025.

Ini merupakan peningkatan ketara berbanding $61 juta pada 2024.

Skim ini memberi manfaat kepada warganegara Singapura berumur 55 tahun dan ke atas yang mempunyai simpanan RA kurang daripada Jumlah Persaraan Asas (BRS) bagi tahun tersebut.

Pada 2026, mereka yang mempunyai simpanan RA, Akaun Biasa (OA) dan Akaun Khas (SA) kurang daripada $110,200, iaitu Jumlah Persaraan Asas (BRS), akan layak.

Mulai 1 Januari, skim ini juga diperluaskan kepada rakyat Singapura yang tidak berupaya, tanpa mengira usia.

Ini termasuk rakyat Singapura di bawah umur 55 tahun, yang tidak berupaya, yang mempunyai simpanan OA dan SA di bawah paras BRS semasa, tertakluk kepada kriteria lain.

Perluasan ini bertujuan membantu individu kurang upaya membina simpanan persaraan lebih awal melalui tokokan tunai ke dalam SA, menurut kenyataan bersama MOH, MOM dan Lembaga CPF.

Rakyat Singapura yang layak dan tidak berupaya juga boleh menerima geran yang dipadankan satu dolar bagi setiap dolar sehingga $2,000 setahun.

Mereka juga tertakluk kepada had geran seumur hidup sebanyak $20,000 bagi tokokan tunai ke dalam RA atau SA.

Sementara itu, sekitar 185,000 rakyat Singapura layak untuk inisiatif baru, Skim MediSave yang Dipadankan, yang dilancarkan pada 1 Januari sebagai projek perintis lima tahun.

Di bawah skim ini, pemerintah akan memadankan satu dolar bagi setiap dolar tokokan tunai ke Akaun MediSave warganegara Singapura yang layak, sehingga $1,000 setahun.

Tokokan yang menerima geran padanan pemerintah tidak layak untuk pelepasan cukai pendapatan.

Skim ini memberi manfaat kepada warganegara Singapura berumur antara 55 dengan 70 tahun, dengan simpanan MediSave kurang daripada separuh Jumlah Penjagaan Kesihatan Asas (BHS).

Pada 2026, mereka yang mempunyai simpanan kurang daripada $39,500 layak bagi skim ini.

BHS semasa ialah $79,000

Skim ini kali pertama diumumkan dalam Belanjawan 2025 dan akan berlangsung sehingga 2030.

Sekitar 165,000 anggota layak untuk kedua-dua skim dan boleh menerima sehingga $3,000 dalam jumlah geran padanan bagi tokokan tunai yang dibuat pada 2026.

Anggota dan keluarga dengan dana terhad yang layak bagi kedua-dua skim boleh memilih skim yang paling sesuai, kata MOM, MOH dan Lembaga CPF.

Anggota CPF yang layak, akan dimaklumkan mulai akhir Januari, dan geran yang akan dipadankan akan disalurkan secara automatik pada awal 2027 bagi tokokan tunai yang dibuat sebelum 31 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg