Inflasi teras S’pura turun ke 0.7% pada 2025, dijangka naik pada 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Inflasi teras S’pura turun ke 0.7% pada 2025, dijangka naik pada 2026

Kos import dijangka terus turun sepanjang 2026, walaupun pada kadar lebih perlahan
Jan 23, 2026 | 4:15 PM

Inflasi teras S’pura turun ke 0.7% pada 2025, dijangka naik pada 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Inflasi teras,  S’pura 2025, MAS MTI Singapore, Inflasi Teras vs Keseluruhan, Kos Sara Hidup Singapura, Dasar Kewangan MAS Januari 2026, kos import
Pemerintah berkata inflasi dijangka meningkat pada 2026, dan ramalan bagi 2026 akan dikemas kini pada 29 Januari. - Foto ST

Inflasi teras Singapura, penunjuk perbelanjaan isi rumah yang tidak termasuk pengangkutan privet dan penginapan, mencatat purata 0.7 peratus pada 2025, jauh lebih rendah berbanding 2.8 peratus pada 2024.

Angka itu, walau bagaimanapun, melepasi jangkaan rasmi sekitar 0.5 peratus.

Pada masa yang sama, inflasi keseluruhan berada pada purata 0.9 peratus, menurun daripada 2.4 peratus tahun sebelumnya, seperti yang dilaporkan bersama oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada 23 Januari.

Walaupun inflasi sepanjang 2025 menunjukkan penurunan yang ketara, inflasi teras mencatat paras tertinggi bagi tahun itu pada Disember, iaitu 1.2 peratus, menurut data rasmi. Ini merupakan paras tertinggi sejak Disember 2024.

Inflasi keseluruhan turut berada pada 1.2 peratus pada bulan yang sama.

Kedua-dua kadar inflasi tidak berubah berbanding November.

MAS dan MTI menjangkakan inflasi teras dan keseluruhan akan meningkat pada 2026, melepasi paras rendahnya pada 2025.

Namun, mereka tidak mengulangi unjuran 2026 sebelum ini yang meletakkan kedua-dua ukuran antara 0.5 peratus dengan 1.5 peratus.

Sebaliknya, mereka menyatakan bahawa “ramalan inflasi masih tertakluk kepada ketidaktentuan”, dan menambah bahawa ramalan bagi kedua-dua penunjuk bagi 2026 akan dikemas kini dalam kenyataan dasar kewangan MAS pada 29 Januari ini.

Kos import Singapura dijangka terus menurun sepanjang 2026, walaupun pada kadar yang lebih perlahan, menurut kementerian berkenaan.

Walaupun harga minyak mentah sedunia dijangka menurun, inflasi serantau dijangka meningkat secara sederhana.

Di peringkat domestik pula, pertumbuhan kos tenaga kerja seunit dijangka mula meningkat apabila pertumbuhan daya penghasilan kembali normal, manakala permintaan penggunaan swasta dijangka kekal mantap, menurut MAS dan MTI.

Bagi Disember, inflasi makanan, perkhidmatan dan penginapan kekal tidak berubah berbanding November.

Inflasi pengangkutan privet meningkat kepada 3.7 peratus pada bulan Disember daripada 3.5 peratus pada November, didorong oleh penurunan harga petrol yang lebih kecil.

Dalam kategori harga lain, harga elektrik dan gas menurun sebanyak 4.2 peratus, menyusuli penurunan 4.1 peratus pada November, disebabkan oleh kejatuhan kos elektrik yang lebih besar.

Harga barangan runcit dan barangan lain kekal tidak berubah pada Disember, selepas meningkat 0.3 peratus pada November.

Kenaikan harga minuman beralkohol dan tembakau diimbangi oleh penurunan harga barangan peribadi dan perabot.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg