Lapangan Terbang Changi mula guna traktor tanpa pemandu angkut bagasi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lapangan Terbang Changi mula guna traktor tanpa pemandu angkut bagasi

Ujian traktor dijalan sejak 2023 sebelum operasi autonomi penuh; 24 traktor tarik kargo dan peralatan dijangka jelang 2027
Jan 20, 2026 | 6:33 PM

Lapangan Terbang Changi mula guna traktor tanpa pemandu angkut bagasi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, Changi Airport, Lapangan Terbang Changi, driverless baggage tractor
Traktor ini, yang telah diuji sejak 2023, beroperasi sepenuhnya secara autonomi, namun dilengkapi pemandu keselamatan sebagai langkah kecemasan sehingga November 2025. - Foto ST

Lapangan Terbang Changi mula menggunakan dua kenderaan autonomi (AV) dalam operasi pada 20 Januari sebagai traktor tanpa pemandu untuk mengangkut bagasi antara Terminal 1 (T1) dengan Terminal 4 (T4).

Ini merupakan kali pertama kenderaan sedemikian digunakan dalam operasi lapangan terbang secara langsung tanpa pemandu keselamatan.

Traktor tersebut telah menjalani ujian sejak 2023 dan kini beroperasi sepenuhnya secara autonomi. 

Sebelum ini, pemandu keselamatan ditempatkan sebagai langkah kecemasan sehingga November 2025.

Kenderaan berwarna biru itu, yang menyerupai traktor bagasi biasa, dilengkapi pelbagai penderia dan kamera untuk bergerak di kawasan airside, iaitu zon lapangan terbang bagi urusan memuat, memunggah serta pergerakan pesawat di samping ruang berlepas dan mendarat pesawat.

Traktor ini mampu menarik sehingga empat kontena bagasi seberat sehingga 10 tan dan akan beroperasi di laluan sejauh 7 kilometer (km), antara terminal tertua dengan terminal terbaru lapangan terbang tersebut.

Menurut jurucakap Changi Airport Group (CAG), laluan antara T1 dengan T4 dipilih sebagai langkah awal kerana sistem pengendalian bagasi di T4 berasingan daripada tiga terminal lain, menyebabkan perlunya disediakan pengangkutan khas bagi memindahkan bagasi ke T1.

Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Cik Sun Xueling, melancarkan penggunaan AV tersebut pada 20 Januari.

Enam lagi AV daripada model yang sama dijadualkan akan digunakan di Terminal 2 pada akhir 2026, bagi mengangkut bagasi antara kawasan pengendalian bagasi dengan 35 tempat letak pesawat di terminal itu.

Apabila AV ini mula digunakan, terdapat 75 traktor biasa bagi setiap satu traktor tanpa pemandu. 

Pada masa ini, sekitar 600 traktor biasa digunakan di Lapangan Terbang Changi.

Menurut Naib Presiden Kanan Strategi dan Transformasi Operasi Lapangan Terbang CAG, Cik Liu Yanling, lapangan terbang itu merancang memperluaskan operasi AV ke terminal lain. 

Menjelang 2027, sebanyak 24 traktor tanpa pemandu dijangka beroperasi di kawasan airside, termasuk untuk menarik kargo dan peralatan.

Cik Liu menyifatkan pelaksanaan ini sebagai satu langkah besar ke hadapan, sambil menjelaskan penghapusan tugas pemanduan membolehkan pekerja memberi tumpuan kepada operasi yang lebih rumit. 

Pemandu sedia ada juga akan menjalani latihan peningkatan kemahiran untuk memantau dan mengendalikan AV dari jauh.

Di bawah sistem semasa, seorang pengendali memantau dua AV melalui sistem berasaskan amaran. 

AV mampu mengelak halangan secara automatik jika laluan mencukupi, dan akan menghantar amaran kepada pengendali sekiranya laluan disekat.

Traktor tanpa pemandu ini bukanlah teknologi baru di Changi, dengan ujian awalnya bermula pada 2020.

Model terkini dihasilkan oleh syarikat China, Uisee, dan setakat ini telah mencatat perjalanan sekitar 20,000 kilometer tanpa sebarang kejadian yang melibatkan keselamatan.

Selain traktor bagasi tanpa pemandu, Lapangan Terbang Changi juga telah menguji teknologi autonomi lain, termasuk bas pandu sendiri untuk mengangkut pekerja di kawasan airside pada 2024.

Ia turut menguji kenderaan pengendalian bagasi automatik untuk memuat dan memunggah kontena bagasi sejak 2022.

Namun, berlainan daripada traktor AV, semua AV lain masih mempunyai pengendali keselamatan di dalam kenderaan, kata jurucakap CAG.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg