Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki S’pura ditahan di Thailand, disyaki edar dadah

Jul 10, 2025 | 2:34 PM
CNB, Thailand, pelarian, edar dadah
Lelaki berusia 50 tahun (tengah) yang diburu polis, diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 9 Julai kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di Thailand. - Foto CNB

Seorang lelaki warga Singapura berusia 50 tahun yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah, telah ditahan di Thailand pada 5 Julai setelah melarikan diri, dan diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 9 Julai.

Dalam kenyataan lewat malam 9 Julai, CNB berkata lelaki itu telah berada di luar negara sejak 27 Julai 2023, dan CNB telah menghubungi biro di luar negara untuk mendapatkan maklumat tentang keberadaannya.

Waran tangkap kemudian dikeluarkan terhadap lelaki itu kerana dia disyaki membekalkan dadah kepada rakan subahat untuk tujuan pengedaran dan penjualan di Singapura.

Penglibatan lelaki itu dalam kegiatan haram terbongkar semasa siasatan CNB terhadap satu lagi kes pengedaran dadah pada Julai 2024.

Tertuduh dalam kes tersebut, seorang warga Singapura berusia 64 tahun ketika ditangkap, kini berdepan dengan tuduhan mengedar sekitar 4,990 gram campuran kanabis.

Lebih $1,000 turut dirampas daripada lelaki itu kerana disyaki turut terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Pelarian berusia 50 tahun itu dijangka didakwa pada 10 Julai atas kesalahan berkaitan pengedaran dadah.

Lelaki itu turut disiasat atas kesalahan terlibat dalam pengubahan wang haram, lapor The Straits Times (ST).

Dengan bantuan Pusat Arahan Antipenipuan Polis Singapura dan institusi kewangan, akaun-akaun yang mengandungi lebih $242,000 telah dibekukan.

Akaun tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki berusia 50 tahun itu.

Pada 8 Julai, pihak berkuasa Thailand menerusi satu hantaran di Facebook, memaklumkan bahawa lelaki itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah resort di Bangkok, bersama sepasang suami isteri warga Indonesia yang dipercayai rakan subahatnya.

Menurut hantaran itu, CNB telah mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki berkenaan pada Mei, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dari Thailand ke Singapura.

Lelaki itu turut dipercayai aktif di bandar Pattaya, Thailand.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg