Umat Islam di Singapura menyambut Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei dan antara kegiatan yang paling dinanti-nantikan sempena perayaan ini ialah ibadah korban yang diadakan secara langsung di sini.

Ibadah korban di Singapura kali ini bakal diadakan pada skala lebih kecil daripada yang diumumkan, selepas salah satu pembekal kambing dari Australia mengalami kegenjotan dalam proses memperolehi kelulusan mengeksport haiwan.

Justeru ibadah korban tidak dapat diadakan di tiga masjid – Al-Firdaus di Choa Chu Kang; Petempatan Melayu Sembawang dan Pusara Aman.

Masjid Jamae Chulia turut terjejas, tetapi ia masih dapat diadakan di sana kerana ia juga mempunyai pembekal haiwan korban dari ladang setempat.

Sebaliknya, ibadah korban hanya akan diadakan di tiga masjid, iaitu Omar Salmah di Thomson, Al-Istighfar di Pasir Ris danTentera Diraja di Clementi.

Insiden ini sedikit-sebanyak mengetengahkan kerumitan proses pemeriksaan yang dikenakan pihak berkuasa ke atas pembekal yang ingin mengeksport haiwan korban hidup dari Australia ke Singapura antara lain untuk melindungi keselamatan haiwan.

Proses yang bermula sejak dua tiga bulan lalu ini mencapai kemuncaknya pada dini hari 26 Mei, apabila lebih 1,000 kambing biri-biri tiba di Singapura dan dihantar ke masjid-masjid.

Berita Harian (BH) telah berpeluang menyertai rombongan pembekal dan pengendali haiwan korban, Aliyah Rizq Holdings telah ke Sydney, Australia untuk meninjau fasa terakhir proses ini, pada dua tiga hari terakhir apabila kambing dipersiap untuk perjalanan beribu kilometer dari ladang ternakan kambing di Orange, New South Wales ke Singapura.

Pandangan ladang ternakan di 1622 Davys Plains Rd, Cargo, New South Wales dari udara. Lebih 1,100 kambing biri-biri diuruskan oleh pembekal dan pengendali khidmat korban Aliyah Rizq Holdings untuk dieksport ke Singapura.
Pandangan ladang ternakan di 1622 Davys Plains Rd, Cargo, New South Wales dari udara. Lebih 1,100 kambing biri-biri diuruskan oleh pembekal dan pengendali khidmat korban Aliyah Rizq Holdings untuk dieksport ke Singapura. - Foto FANDY RAZAK
Gembala kambing akan membawa masuk kambing biri-biri masuk secara berkumpulan ke kandang saiz berbeza-beza untuk dikira dan juga untuk memeriksa keadaan fizikal mereka.
Gembala kambing akan membawa masuk kambing biri-biri masuk secara berkumpulan ke kandang saiz berbeza-beza untuk dikira dan juga untuk memeriksa keadaan fizikal mereka. - Foto FANDY RAZAK
Kambing biri-biri yang tidak memenuhi syarat yang dikenakan untuk dieksport akan diasingkan dengan mengembala mereka memasuki lorong lebih sempit ke kandang lain.
Kambing biri-biri yang tidak memenuhi syarat yang dikenakan untuk dieksport akan diasingkan dengan mengembala mereka memasuki lorong lebih sempit ke kandang lain. - Foto FANDY RAZAK
Selepas menjalani pemeriksaan dan dikira, kambing biri-biri dibiarkan berlari-lari dalam kandang sebelum dikumpulkan semula untuk digembala memasuki treler.
Selepas menjalani pemeriksaan dan dikira, kambing biri-biri dibiarkan berlari-lari dalam kandang sebelum dikumpulkan semula untuk digembala memasuki treler. - Foto FANDY RAZAK
Gembala yang mahir boleh ‘memaksa’ kambing mengikuti arahan dan berjalan satu persatu untuk memasuki treler. Namun, proses ini masih memakan masa beberapa jam.
Gembala yang mahir boleh ‘memaksa’ kambing mengikuti arahan dan berjalan satu persatu untuk memasuki treler. Namun, proses ini masih memakan masa beberapa jam. - Foto FANDY RAZAK
Lori treler yang digunakan untuk mengangkut kambing biri-biri dari ladang ternakan di New South Wales di Sydney ke lapangan terbang.  Lori ini membawa dua treler.  Treler di hadapan sepanjang 20 kaki dan dibahagikan kepada empat tingkat. Treler di belakang juga dibahagikan kepada empat tingkat, tetapi sepanjang 40 kaki. Kededua treler ini boleh diisi dengan 800 ekor kambing biri-biri.
Lori treler yang digunakan untuk mengangkut kambing biri-biri dari ladang ternakan di New South Wales di Sydney ke lapangan terbang. Lori ini membawa dua treler. Treler di hadapan sepanjang 20 kaki dan dibahagikan kepada empat tingkat. Treler di belakang juga dibahagikan kepada empat tingkat, tetapi sepanjang 40 kaki. Kededua treler ini boleh diisi dengan 800 ekor kambing biri-biri. - Foto FANDY RAZAK
Fajar menyingsing dan kambing-kambing yang telah dimasukkan dalam lori treler bak menanti dengan sabar untuk pemandu menggerakkan lori. Perjalanan dari ladang ke lapangan terbang mengambil masa lebih empat jam.
Fajar menyingsing dan kambing-kambing yang telah dimasukkan dalam lori treler bak menanti dengan sabar untuk pemandu menggerakkan lori. Perjalanan dari ladang ke lapangan terbang mengambil masa lebih empat jam. - Foto FANDY RAZAK