Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SCIS terima sokongan padu daripada tokoh, institusi Islam terkemuka

Nov 6, 2025 | 2:40 PM
scis, faishal ibrahim, mesir
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kanan) bertemu dengan Mufti Besar Mesir, Dr Nazir Mohamed Ayyad (kanan); dan Presiden Universiti Al-Azhar, Dr Salama Dawood, semasa lawatan kerja beliau ke Kahirah, Mesir, yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 2 November. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK PROFESOR MADYA DR MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM

Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) menerima sokongan padu daripada tokoh terkemuka dan institusi ilmiah terbesar dan berpengaruh di Mesir, Al-Azhar Al-Sharif, serta institusi rasmi lain seperti Dar al-Ifta.

Dalam satu hantaran Facebook pada 6 November, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata kerjasama itu mencerminkan “hubungan erat dan penuh kepercayaan” yang telah lama menghubungkan landskap pendidikan Islam Singapura dengan Kahirah.

“Perbincangan kami menegaskan kembali keyakinan bersama untuk melahirkan barisan asatizah yang bukan sahaja berilmu bahkan juga bersifat empati dan penyayang.

“Ini agar (kami) dapat memberi panduan yang sesuai dalam dunia hari ini yang sering bergolak dan saling berkaitan,” ujar beliau yang telah bertemu dengan Mufti Besar Mesir, Dr Nazir Mohamed Ayyad dan Presiden Universiti Al-Azhar, Dr Salama Dawood.

Sebelum ini, Dr Faishal pernah bertemu dengan kedua-dua tokoh tersebut semasa mereka berada di Singapura pada 24 Jun bagi menghadiri mesyuarat sulung Panel Penasihat SCIS di hotel Swissotel The Stamford.

Pertemuan Dr Faishal bersama mereka seiring dengan lawatan kerja beliau ke Kahirah, Mesir, yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 2 November.

Ia merupakan lawatan pertamanya sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, dan ditemani oleh pegawai kanan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

“Perbincangan kami menegaskan kembali keyakinan bersama untuk melahirkan barisan asatizah yang bukan sahaja berilmu bahkan juga bersifat empati dan penyayang. Ini agar (kami) dapat memberi panduan yang sesuai dalam dunia hari ini yang sering bergolak dan saling berkaitan.”
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam hantaran di Facebooknya.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg