Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beza tabiat, satu impian; jadi pemain bola sepak unggul

Kisah anak-anak lelaki Fandi Ahmad – Irfan, Ikhsan, Ilhan – disorot dalam satu buku sukan kanak-kanak terkini
Aug 5, 2025 | 6:43 PM
Legenda bola sepak tempatan, Fandi Ahmad (kiri), yakin buku baru yang menampilkan tiga anak lelakinya, Irfan, Ikhsan, dan Ilhan akan memberi inspirasi kepada anak-anak – generasi baru – untuk memburu impian mereka. Beliau bersama rakan pengasas, The Nutgraf, penerbit ‘Singapore’s Sports Champions’, Encik Peh Shing Huei.
Legenda bola sepak tempatan, Fandi Ahmad (kiri), yakin buku baru yang menampilkan tiga anak lelakinya, Irfan, Ikhsan, dan Ilhan akan memberi inspirasi kepada anak-anak – generasi baru – untuk memburu impian mereka. Beliau bersama rakan pengasas, The Nutgraf, penerbit ‘Singapore’s Sports Champions’, Encik Peh Shing Huei. - Foto SNOC

Ketika beliau mengungguli padang bola sepak, legenda tempatan, Fandi Ahmad mempunyai tabiat tersendiri.

Sebelum melangkah ke padang, beliau akan memetik sehelai rumput, kunyah lalu menelannya.

Itu tabiat Fandi agar beliau dapat mengelakkan diri daripada sebarang kecederaan, kongsinya dalam majlis pelancaran buku sukan kanak-kanak terbaru, Singapore’s Sports Champions, di Scape, Orchard pada 5 Ogos.

Anak-anak lelakinya – Irfan, Ikhsan, Ilhan – yang juga bermain bola sepak profesional, pula mempunyai tabiat mereka tersendiri, iaitu melompat kecil sebelum masuk ke padang.

Hal itu dikongsikan dalam buku tersebut yang menampilkan kisah tiga pemain itu dalam melakar kejayaan menjadi pemain bola sepak unggul.

“Sebagai ibu bapa, kami bangga dengan mereka kerana mewakili negara, sama ada di dalam atau di luar padang.

“Saya yakin mereka akan memberi inspirasi kepada anak-anak – generasi baru – untuk mengejar impian mereka,” ujar Fandi kepada Berita Harian (BH).

Apabila ditanya bagaimana anak-anaknya itu mendapatkan inspirasi untuk tabiat itu, Fandi berkata:

“Bagi anak-anak lelaki saya, saya pun tak pasti – mereka ada cara tersendiri sebelum masuk ke padang, seperti melompat kecil dan sebagainya.

“Saya rasa itulah tabiat mereka sendiri.”

Fandi menghadiri majlis pelancaran tersebut sebagai wakil kepada anak-anaknya yang tidak berada di Singapura setakat ini. Beliau ditemani anak perempuannya, Iman Fandi.

Buku sebanyak enam siri itu turut menampilkan atlet Singapura yang lain termasuk atlet badminton, Loh Kean Yew; atlet luncur lelayang, Maximilian Maeder; ratu pecut negara, Shanti Pereira; perenang, Joseph Schooling; dan pemain golf, Shannon Tan. 

Ia dilancarkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (Snoc) dan ditulis oleh agensi kandungan dan komunikasi, The Nutgraf.

Majlis pelancaran turut dihadiri Menteri Kemampanan dan Sekitaran yang juga presiden SNOC, Cik Grace Fu; atlet badminton, Loh Kean Yew; atlet luncur lelayang, Maximilian Maeder.

Legenda bola sepak tempatan, Fandi Ahmad (tengah), menerima buku sukan kanak-kanak terkini, ‘Singapore’s Sports Champions’, daripada Menteri Kemampanan dan Sekitaran yang juga presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (Snoc), Cik Grace Fu (kiri), di majlis pelancaran buku itu di Scape, Orchard pada 5 Ogos. Beliau ditemani anak perempuannya, Iman Fandi.
Legenda bola sepak tempatan, Fandi Ahmad (tengah), menerima buku sukan kanak-kanak terkini, ‘Singapore’s Sports Champions’, daripada Menteri Kemampanan dan Sekitaran yang juga presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (Snoc), Cik Grace Fu (kiri), di majlis pelancaran buku itu di Scape, Orchard pada 5 Ogos. Beliau ditemani anak perempuannya, Iman Fandi. - Foto SNOC
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg