Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penduduk M’sia diingatkan waspada jangkitan mpox

Oct 30, 2023 | 01:48 PM



KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan jangkitan penyakit mpox yang setakat ini sudah mencatatkan dua kes positif di Malaysia.


Susulan itu Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata adalah penting bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperluas publisiti dan maklumat bagi mendidik orang ramai daripada sebarang risiko dijangkiti penyakit itu.

Katanya ia penting bagi mendidik orang ramai daripada sebarang risiko dijangkiti penyakit berkenaan dengan mempertingkatkan makluman kepada orang awam bagaimana penyakit itu merebak dan menular.

“Sekarang ini mpox boleh tersebar melalui manusia termasuk mereka yang melakukan seks bebas. Jadi ia menular antara sesama manusia.

“Tetapi apa yang kita risau mereka yang ada aktiviti seperti ini dan mereka juga berkeluarga. Jadi penyakit ini akan menular kepada keluarganya. Itu yang akan menyebabkan ia mula merebak,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada Isnin.


Jangkitan mpox ketika ini dilaporkan meningkat mendadak di negara jiran seperti Indonesia, sekali gus menimbulkan kebimbangan boleh mengakibatkan ia lebih mudah merebak ke negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Sazaly menegaskan kebarangkalian individu dijangkiti adalah rendah jika mereka tidak berhubungan secara langsung dengan individu yang dijangkiti.

“Dari segi jangkitan ia tidak semudah seperti Covid-19. Penyebarannya menerusi sentuhan terus antara manusia dan manusia. Jadi saya tekankan KKM perlu memberi pendidikan berterusan kepada rakyat berkenaan penyakit ini,” katanya.

Sementara itu, pakar mikrobiologi perubatan dan virologi dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Sharifah Azura Salleh, berkata tahap waspada masyarakat masih perlu ditingkatkan biarpun risiko jangkitan mungkin agak rendah di negara ini.

“Di peringkat kerajaan, memang sudah cukup waspada sebab sebelum ini Thailand pun banyak kes. Sekarang ini Indonesia memang sudah keliling (kes jangkitannya).

“Satu lagi masalahnya tempoh inkubasinya pun agak lama. Jadi bila penyakit itu masuk ke negara ini contohnya, ia mungkin tidak ada tanda atau sebarang simptom dijangkiti.

“Kita boleh buat kawalan sempadan dan kemasukan pelawat, tapi mungkin masa dia masuk itu tak ada tanda-tanda mpox. Ini antara cabarannya,” katanya.

Pada akhir Ogos 2023, Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan dua kes pertama berkaitan cacar monyet di negara ini dikesan membabitkan warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini sejak April 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >