Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mantan PM M’sia, Pak Lah, dirawat di Institut Jantung Negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mantan PM M’sia, Pak Lah, dirawat di Institut Jantung Negara

Apr 25, 2024 | 03:23 PM



Mantan Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, sejak 24 April, selepas mengalami small spontaneous pneumothorax.


Semakan mendapati spontaneous pneumothorax adalah berkaitan masalah kehadiran udara dalam ruang keliling paru-paru.


Menantunya, Encik Khairy Jamaluddin, berkata Tun Abdullah, yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah, berada dalam keadaan stabil dan masih berada di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN untuk pemantauan rapi doktor.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik, namun memerlukan rehat yang secukupnya.

“Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau, tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada 25 April.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mendoakan kesihatan Tun Abdullah semoga diberi kesembuhan segera.

“Mendoakan Tun Abdullah diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan, insya-Allah,” tulisnya di Facebook.


Pada 2022, Encik Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan memaklumkan Tun Abdullah mengalami penyakit demensia.

Menurut mantan Ketua Pemuda Umno itu, Tun Abdullah mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan kognitif sejak 2009, selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

Tun Abdullah adalah Perdana Menteri Malaysia kelima dan memegang jawatan itu dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, sebelum tempatnya digantikan Najib Tun Razak.

Ketika era pentadbirannya, Tun Abdullah terkenal dengan slogan Malaysia Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan penekanan Islam Hadhari, iaitu tafsiran Islam yang menunjukkan perkembangan ekonomi dan teknologi adalah sesuai dengan ajaran Islam.


Kerjaya politik Tun Abdullah kian kukuh dengan pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1999, selepas pemecatan Datuk Anwar ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >