SPH Logo mobile
Langgan|

Pekerja maut kepala terhentak tayar meletup ketika diisi angin di Sabah

Pekerja maut kepala terhentak tayar meletup ketika diisi angin di Sabah

Jun 20, 2025 | 11:45 AM

Pekerja maut kepala terhentak tayar meletup ketika diisi angin di Sabah

Sabah, pekerja, maut, tayar, meletup
Seorang lelaki maut selepas kepalanya terkena hentakan tayar yang meletup ketika mengisi angin di Keningau, Sabah. - Foto POLIS DAERAH KENINGAU

KENINGAU (Sabah): Seorang lelaki maut selepas kepalanya terkena hentakan tayar yang meletup ketika mengisi angin di sebuah kedai tayar di Jalan Durok, di sini, pada petang 19 Jun.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa Arizal Etin, 20 tahun, yang juga pekerja kedai tayar itu parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi, lapor Berita Harian Malaysia.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata saksi yang juga rakan mangsa memaklumkan tayar yang sedang diisi angin itu meletup dan hentakan kuat terkena muka mangsa.

Perkara itu disahkan melalui pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Keningau untuk tindakan lanjut.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg