Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Suami isteri sehidup semati, meninggal dunia selang 2 jam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Suami isteri sehidup semati, meninggal dunia selang 2 jam

Dec 21, 2023 | 11:10 AM



KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri warga emas menjadi simbolik cinta sejati dan sehidup semati apabila kededua mereka meninggal dunia selang dua jam pada awal pagi 20 Disember.


Allahyarham Mohamad Basar, 60-an tahun, disahkan meninggal dunia kira-kira 5 pagi, menyusuli isterinya, Allahyarhamha Norazizah Jasri, juga 60-an tahun, yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira 3 pagi.

Awalnya, Allahyarhamha Norazizah disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi (HKT), Johor, kira-kira 3 pagi pada 20 Disember akibat jangkitan paru-paru.

Allahyarhamha dimasukkan ke HKT sejak 18 Disember lalu untuk mendapatkan rawatan menyebabkan suaminya, Allahyarham Mohamad tinggal keseorangan di rumah.

Seorang jiran kemudian ke rumah warga emas itu untuk memaklumkan berita sedih pemergian isterinya kira-kira 4 pagi, namun terkejut apabila menemui Allahyarham Mohamad tidak sedarkan diri rumahnya di Felda Air Tawar 4, Teluk Sengat, Kota Tinggi.

Jiran berkenaan kemudian mengejarkan Allahyarham Mohamad ke HKT, sebelum disahkan meninggal dunia akibat angin ahmar.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata pasangan warga emas itu hanya tinggal berdua sahaja di rumah mereka di Felda Air Tawar 4 dan dimaklumkan tidak dikurniakan anak.

“Isnin lalu, isterinya dihantar ke HKT untuk menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru, namun kira-kira 3 pagi 20 Disember, Allahyarhamha disahkan meninggal dunia di wad akibat kegagalan fungsi organ dalaman.

“Kira-kira 4 pagi, difahamkan jiran ke rumah pasangan itu untuk memaklumkan berita kematian berkenaan, namun mendapati si suami tidak sedarkan diri di ruang bilik solat rumah.

“Jiran kemudian menghantar lelaki itu ke HKT untuk menerima rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia dengan punca kematian akibat angin ahmar,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada 20 Disember.


Jenazah pasangan itu selamat dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi 20 Disember di Tanah Perkuburan Islam, Felda Air Tawar 4.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >