Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih ramai guna Geran Perumahan CPF untuk beli flat jualan semula

Feb 25, 2024 | 3:58 PM
Pemandangan dari tempat tinggi yang menunjukkan flat HDB. Menurut HDB, lebih ramai menggunakan Geran Perumahan CPF untuk membeli flat jualan semula sejak ia ditambah sekitar setahun lalu.
Pemandangan dari tempat tinggi yang menunjukkan flat HDB. Menurut HDB, lebih ramai menggunakan Geran Perumahan CPF untuk membeli flat jualan semula sejak ia ditambah sekitar setahun lalu. - Foto BT

Lebih ramai penduduk menggunakan Geran Perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk membeli flat jualan semula sejak ia ditambah sekitar setahun lalu, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam kenyataannya pada 25 Februari.

Dari 14 Februari 2023 hingga Disember 2023, lebih 11,000 isi rumah membeli flat jualan semula HDB menggunakan geran tersebut, iaitu lebih 31 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022.

HDB berkata $505.2 juta geran diagihkan kepada 10,400 pembeli flat jualan semula dan baki 600 pembeli akan menerima geran apabila pembelian mereka lengkap dalam beberapa minggu.

Pada 14 Februari 2023, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengumumkan semasa Belanjawan 2023, Geran Perumahan CPF akan ditambah untuk menyokong warga Singapura yang mahu membeli flat jualan semula tetapi mendapati harganya terlalu tinggi.

Sebelum ini, pembeli flat jualan semula dua hingga empat bilik boleh menerima geran $50,000, sementara pembeli flat lima bilik atau lebih besar boleh menerima geran $40,000.

Pembeli kali pertama yang belum mendirikan rumah tangga boleh menerima geran $25,000, sementara mereka yang membeli flat lima bilik boleh menerima geran $20,000.

Selepas geran itu ditambah, pembeli kali pertama flat jualan semula HDB dua hingga empat bilik boleh menerima geran $80,000; sementara mereka yang membeli flat lima bilik atau lebih besar boleh menerima geran $50,000.

Pembeli kali pertama yang belum mendirikan rumah tangga pula boleh menerima geran $40,000 jika membeli flat empat bilik atau lebih kecil; sementara mereka yang membeli flat lima bilik boleh menerima geran $25,000.

HDB berkata geran yang bertambah itu bermakna hampir 80 peratus keluarga yang membeli flat HDB buat kali pertama dan menerima kunci flat jualan semula pada 2023, menggunakan 25 peratus atau lebih rendah, gaji bulanan keseluruhan isi rumah untuk membayar pinjaman HDB.

Pembeli sedemikian boleh membayar pinjaman HDB tanpa mengeluarkan wang tunai, atau hanya perlu membuat pembayaran wang tunai yang rendah, kata HDB.

Ini kerana 23 peratus daripada sumbangan keseluruhan CPF bagi pekerja berusia 35 tahun dan ke bawah akan diperuntuk dalam Akaun Biasa CPF masing-masing dan ini boleh digunakan untuk membayar pinjaman perumahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg